Tuesday, June 23, 2009

Datuk Nor Ajlaa Mohd Azam

dan hari ini, saya juga menerima darjah kebesaran itu tanpa sebarang sumbangan rasmi mahupun sumbangan tidak rasmi saya kepada negara saya yang tercinta ini. yang hanya saya sumbangkan adalah sekadar menjadi rakyat yang gemar membawa kereta 130km/j, membakar kuih, menjadi anak yang baik dan juga pekerja yang berkhemah. saya dengan semana-mananya tidak mengetahui akan khabar berita pendarjahan ini kerana kad jemputan untuk menerima darjah kebesaran tidak pula saya terima apatah lagi untuk menempah baju yang dipenuhi manik-manik 10 batu boleh nampak bersinar juga tidak pernah ditempah kerana baju yang baru sahaja saya kirimkan ke tailor rasmi seumur hidup saya baru sahaja menerima tempahan yang dihantar oleh emak isnin lepas masih lagi berpinar-pinar di kepala hotak jumlah yang harus di bayar atas urusan tempahan baju untuk menyambut hari raya aidilfitri yang bakal disambut 2 bulan setengah dari sekarang bersama dengan tempahan baju glamour yang bakal di sarung pada hari graduasi yang masih tidak diketahui tarikhnya.

oleh yang demikian, atas urusan apakah darjah kebesaran itu saya terima?

marilah sama-sama kita renungkan.










p/s: do you seriously need to give medals to those people? seriously like SERIOUSLY?! what have they done so far? what kind of development did those people helped for the past few years? are they kissing your arses so hard that made you generously madelling them?! c'mon, use your brain for god sake.

No comments: