Sunday, August 23, 2009

Question

Fadhilat Solat Terawih Malam Ketiga: Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

-----------------------------------------------------

  • Kenapa bila tiba bulan Ramadan, semua siaran tv nak pasang rancangan pasal orang miskin dan daif?
  • Kenapa bila tiba bulan Ramadan, semua siaran tv berlumba-lumba nak pasang rancangan berkisarkan kisah-kisah nabi?
  • Kenapa bila tiba bulan Ramadan, baru terhengeh-hengeh siaran tv membuat peringat supaya kita bersedekah dan beramal jariah?

rasanya, untuk beramal jariah, memperingatkan diri tentang kesusahan orang lain dan mempelajari tentang kisah-kisah nabi bukanlah pada bulan Ramadan sahaja. bukannya setiap bulan pun harus beramal jariah? mengingati para nabi dan sentiasa bersyukur? tapi kenapa harus beria-ia pada bulan Ramadan sahaja?

konsep tolong! konsep.

memanglah bulan ramadan diseru untuk lebih beramal dan beribadah tatepi janganlah terlalu mengambil kesempatan. seolah-olah bulan Ramadan sahaja yang umat islam beribadah, seolah-olah bulan Ramadan adalah bulan kesusahan/kesedihan, seolah-olah di dunia hanya ada orang susah bila tiba bulan Ramadan dan seolah-olah bulan lain kita tidak langsung beribadah.

sama juga dengan drama melayu. bila tiba bulan Ramadan, semua terkedek-kedek pasang cerita orang ini leka dan baru terkejar-kejar nak bertaubat seolah-olah bulan lain kerjanya hanya bersuka ria. semua berebut-rebut nak tayang cerita yang air mata boleh kumpul satu baldi, semua nak pasang cerita yang endingnya bertudung dan berjubah. tudung bukan untuk bulan Ramadan sahaja. berjubah bukan untuk tujuan berfashion sahaja. apakah maksud jika bertudung hanya padan bulan Ramadan? what will happen to the rest of the months? well, hijab is not a trend of fashion and hijab is not spesifically for the holy month of Ramadan. hijab is not just a matter of covering the head alone, but also of covering the bosom, which is attractive to men, and of lowering the gaze and walking in a way that does not attract attention. Note that the order to lower the gaze was addressed first to men

"Tell the believing men to lower their gaze and be modest. That is purer for them. Lo! Allah is Aware of what they do. And tell the believing women to lower their gaze and be modest, and to display of their adornment only that which is apparent, and to draw their veils over their bosoms, and not to reveal their adornment save to their own husbands or fathers or husbands fathers, or their sons or their husbands' sons, or their brothers or their brothers' sons or sisters sons, or their women, or their slaves, or male attendants who lack vigor, or children who know naught of women's nakedness. And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And turn unto Allah together, O believers, in order that ye may succeed" - Surah 24, verses 30-31

konsep please, konsep!

walaupun bulan Ramadan digalakkan oleh kita untuk lebih beramal ibadah, tetapi janganlah sehingga memberi maksud yang berbeza. lakukanlah dengan keikhlasan. bukan atas tujuan untuk menunjuk-nunjuk. supaya bulan ini memberi seribu barakah kepada kita semua. Insyaallah.

No comments: