Manusia dilahirkan ke dunia ini dengan kondisi yang tidak sempurna. Sesempurna mana seseorang itu mengangap dirinya, percayalah bahawa dia tidak sempurna. Mungkin tidak dari pandangan fizikal, tetapi zahirnya dia adalah tidak sempurna.
Tidak sempurna kerana merasakan dirinya serba kekurangan. Tidak sempurna kerana merasakan dirinya tidak cemerlang. Tidak sempurna kerana merasakan dirinya telah ditindas. Tidak sempurna kerana mengangap dirinya tidak berjaya. Tidak sempurna kerana tidak pernah yakin dengan kemampuan dirinya sendiri dan tidak sempurna dengan serba-serbi kekurangan yang tidak boleh nampak dengan mata kasar tetapi dengan hanya melalui perasaannya sahaja.
Sesuatu yang dijaga beratus-ratus hari tidak bermakna ia akan menjadi milik kita untuk selama-lamanya. Sesuatu yang dipelihara dengan penuh kasih sayang bertahun-tahun lamanya tidak menjanjikan bahawa ia adalah milik mutlak. Kerana ia mampu berubah. Kerana manusia berubaha. Manusia berubah kerana mahukan pembaharuan. Manusia berubah kerana mahukan kepuasan. Manusia berubah kerana "konon-konon"nya itulah yang terbaik untuknya dan perubahan itu mampu berlaku dalam satu jangka masa yang amat singkat.
Dalam sebulan, macam-macam yang boleh berlaku. Dalam sebulan, manusia mampu merubah pendiriannya dan dalam sebulan manusia mampu merubah keputusannya.
Sesuatu yang dipelihara beratus hari usianya mampu tergugat dengan sesuatu yang baru dikenali dalam masa sebulan.
Kerana manusia berubah untuk mencari kesempurnaan.
No comments:
Post a Comment