Monday, August 30, 2010

Santan dan hari raya

Tidak dapat dipisahkan lagi dah serupa irama dan lagu seperti yang diudarakan oleh Tan Sri P. Ramlee (Arwah). Pabila datang musim raya, maka naiklah harga santan. Pabila naik sahaja harga santan maka tibalah masanya untuk kita berhari raya. Get the picture?!

Santan boleh dikatakan sumber makanan ruji Malaysians in general. Melayu memang menggunakan santan dalam setiap masakan mereka. Boleh dikatakan segala jenis lauk bersantan. Itu tidak kira lagi manisan-manisan yang di campur santan. Sebab itu kadar inflasi berat badan orang melayu memang tidak dapat diselamatkan lagi. Gara-gara santan.

Tiada bezanya dengan warga India. Santan adalah segala-galanya bagi mereka. Lebih kronik apabila minyak santan digunakan oleh kaum ini untuk tujuan kesihatan badan selain digunapakai di dalam menghasilkan juadah harian.

Yang kurang mendapat sambutan si Santan ini adalah untuk kaum Cina. Tetapi walaupun kaum ini kurang mengambil santan di dalam kepenggunaan seharian mereka, pabila tibanya Tahun Baru Cina harga santan tetap akan melambung. Secara tidak langsung, mereka juga salah satu penyumbang kepada kepenggunaan Santan indirectly (walaupun sebenarnya tak de pun).

Nak dijadikan cerita, hari raya sudah dekat maka dengan itu, berlumba-lumbalah si peniaga dalam menggerakan kudrat mereka terutamanya bagi mereka yang menjalankan perniaagan menjual kelapa/santan. Yelah, kelapa kena di mesin selalu. Kalau tidak masakan boleh dapat untungnya.

Datang lah si pembeli untuk membeli santan untuk dijadikan rendang dengan tujuan untuk di jual sepanjang bulan Ramadan ini. Untung-untung boleh tambah pendapatan. Raya dah nak dekat katakan. Anak 3 orang hero yang harus diuruskan. Rendangnya pula, memang sudah sedia maklum dengan kesedapannya. Di masak menggunakan kayu api (hebat tak hebat, di zaman berteknologi tinggi ini, masih juga ada yang masak rendang menggunakan kayu api), resepi turun-temurun yang memang menjadi igauan setiap perasa. Di tambah pula kalau disebut Rendang Minang, harus saja menjilat jari.

Jadi, pergilah si pembeli ke pekan untuk membeli santan. Bukan tidak mahu memesin kelapa sendiri. Kemahirannya ada cuma mesinnya saja yang sudah dihanyutkan banjir bertahun yang lalu. Left with no choice, maka ke pekanlah kita. Tauke yang selalu membekalkan santan tutup pula di hari minggu. Yang tinggal hanyalah si peniaga melayu yang mukanya ala-ala hmmm sampai di situ sajalah penerangan muka si peniaga. Again, with no other choice, maka santan di beli di kedai si peniaga.

Memasak rendang menggunakan kayu api memerlukan kesabaran yang tinggi. Santannya harus betul, apinya harus seimbang dan kesabaran di uji selama 8 jam untuk memastikan rendang betul-betul masak dengan keadaan minyak timbul/naik. Maka, enaklah rendang itu. Kacau punya kacau, tunggu punya tunggu tidak timbul-timbul juga minyak. Sah, santan tadi sudah di tipu. Santannya kurang telah di campur dengan air untuk menampakkan kebanyakkan santan itu. Dengan memasak menggunakan kayu api sahaja yang boleh membezakan sama ada rendang itu menjadi atau tidak.

Kesimpulannya, bukanlah saya mahu menjadi racist kepada bangsa saya sendiri tetapi inilah hakikatnya jika melayu berniaga. Menipu itu harus tidak kira bulan Ramadan, bulan Rejab atau apa-apa bulan sekali pun. Seringkali si melayu mengeluh kerana tidak mendapat keuntungan. Lihat saja corak perniagaan mereka. Kalau berlandaskan penipuan sampai bila-bila pun tidak akan untung.

Kenapa kita tidak pernah menjadikan peniaga Cina sebagai contoh. Walaupun tipu itu tetap ada tetapi tipu mereka berpada-pada. Tipu pada harga tetapi tidak pada kualiti. Ini tidak, sudahlah ditinggikan harga, kualiti juga nauzubillah. I'm not being bias with my onw race but this is the reality. Fact. Mungkin suatu hari nanti akan saya hasilkan satu fatwa tentang kenyataan ini. Dan inilah punca no. 1 kenapa peniaga melayu tidak maju.

8 daripada 9 pintu rezeki adalah dengan berniaga. Sunnah Nabi yang kata. Tetapi kenapa kita tidak pernah menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. Tipu itu tiada keberkataannya. Tak guna untung berlambung kalau dalam hati kita sendiri tahu yang kita tidak jujur dalam berniaga.

Cepat kaya itu tak penting. Duit kalau diguna, habis juga. Cuma bagaimana kita melaburkannya yang makes the difference.

Yang benar,
saya si pengguna.

Sunday, August 29, 2010

Ikan bakar Tanjung Harapan, Port Klang, Selangor

And the food isn't that great after all.

Had berbuka puasa with my favorite crowd yesterday. We wanted something different. KL food is getting lamer than ever (eh, wujud ke perkataan "lamer" tuh? oh whatevs). Faiz recommended Umbai which is totally a no-no. Driving down Melaka just to berbuka is totally waste of time and money. Pergi lapar, balik pon lapar plus it's not practical to do so during Ramadan. Will do it some other time maybe, when money and time grants all!

We had seafood at Port Klang instead. Since none of us knows exactly the nicest spot/restaurant that serves good food, we opted for the well-known one. Ikan bakar Tanjung Harapan. Looking at the crowd, the restaurant must be serving good food. The fishes looked fresh as well as the sotong and ketam. We picked our food; sotong for sotong tepung, ketam masak pedas, ikan siakap stim asam and ikan pari bakar. There were tomyam ayam and kangkung belacan to add in to our menu. We sat at the far end of the restaurant. The nicest spot of all; got the chance to see kapal berlayar-layar. Super nice scenary.

Plus the restaurant has a Surau which makes it more convenient for us to have our Asar and Maghrib. Oh, didn't I told you that we arrived at 5.30pm. And that makes us officially "kemaruk makanan".

The food were served about half and hour before berbuka. It looks ok till our tomyam arrives. Serupa tomyam air bawang. They served us the wrong menu. We did not get our ikan siakap stim but were given a wrong fish instead. Kerana sikap keras kepala masing-masing, we finally got out ikan stim. Rasa tidaklah seperti yang diharapkan.

If I were to list down the taste of the food, rasanya sampai esok pun tidak habis. Makanan dah hadam, dah keluar pun and there's nothing much to complain anymore. It's going to be my first and last time going to the restaurant. If you're looking for a place to have seafood, please cancel Tanjung Harapan from your list.

At that very moment, during berbuka, while tasting the food, it got me thinking. After I'm married and officially becoming a wife to my husband, I promise myself to cook for him, the husband-lah officially. Coz the tomyam tasted like air masak tertumpah which honestly speaking, my kind of tomyam is way nicer than what has been served to us. To make sotong tempung, tutup mata pon boleh. All I need to do is just to polish up my cooking skill and to learn how to cook kari and masak kurma dengan lebih hebatnya lagi.

To make a husband happy is by making his tummy happy. Although my cooking skill is not as good as my mother's or his, but I will try. Lama-lama pasti skill itu akan lebih baik bukan? Kalau hidang makanan yang rasa se-tidak-sedap semalam pun orang ramai boleh makan, tak kan lah masakan saya tidak laku?

So yeah, a step of becoming a good wife is to learn how to cook. Kalau nak kuih muih tuh I boleh lah buat. Dah master pun but tak kan nak serve chocolate cake hari-hari kan? Pasta, tutup mata sambil tidur pon boleh buat tapi laki saya tak suka pasta semacam saya suka pasta. Nak tak nak, nasi dan masakan berlauk juga yang harus dihidangkan. So Ajlaa, LEARN NOW before it's too late.

All I need is just a nice kitchen to fit my cooking skill. Can you provide me those? Thank you in advance. I know you know that I'm actually talking to you. *smile*

Friday, August 27, 2010

Kenapa Yahudi Bijak?!

For reading pleasure.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Penulis: Dr. Stephen Carr Leon
Dialih bahasa oleh: Adibah Mohd Noor (Matriculation Lecturer, Department of Sciences UIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.
(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)
http://syurgadidunia.blogspot.com/



Another article for your reading pleasure. Written by Izwan the Fiance. Wah!!
Click Here

Tuesday, August 24, 2010

Nur Kasih




Siapa yang tak tengok Nur Kasih. It reaches almost 2.4 million viewers last year semasa drama ini sedang ditayangkan. It was rated as most viewed drama series TV3 has ever screened. Memang tipu paling tak munasabah kalau ada yang kata tidak pernah tengok drama ini; at least one episode pun mesti ada yang tengok. Even yang tengah study overseas pon sanggup tengok drama through web. Tambah pula bila dah boleh view through web, adalah yang tengok berjuta kali ulang. Sila jangan tipu! Ini adalah kebenarannya walaupun awak malu nak mengaku.

The reason was simply because, jalan cerita dia sangat best dan berkaitan dengan keadaan reality kehidupan sekarang (ditambah pula dengan pelakon-pelakon yang sungguh menawan kalbu kerana kehebatan mereka dalam menjayakan watak) EXCEPT for one particular part which I'm not really agreed.

Ok, lets face it, mana ada wanita yang sanggup hidup bermadu. Walaupun seribu tahun, tidak ada wanita di muka bumi ini yang mempunyai 9 nafsu sanggup untuk hidup bermadu. Walaupun percentage wanita yang sanggup berkorban jiwa untuk hidup bermadu ini MUNGKIN, mungkin ada tetapi percentagenya sangatlah sekecil semut. I'm a woman and I know how it feels hidup bermadu. It's no fun. Even isteri-isteri Nabi juga ada timbul perasaan cemburu sesama mereka inikan pula kita wanita yang bernafsu 9. Kalau tak tarik rambut memang tak sah. Tambahan pula, lelaki pada zahirnya tidak akan boleh berlaku adil kerana mereka dilahirkan tidak sempurna dan akan pasti membuat kesilapan kerana mereka bukan semulia Nabi. Itu adalah hakikatnya.

So yeah, cara perjalanan Nur Aminah dalam bermadu adalah kurang boleh diterima pakai.

You know why the sudden of writing about Nur Kasih, it is on TV3 now airing during Sahur time. It got me thinking, if I were in her shoes, how would I react.

Knowing lelaki yang pada zahirnya tidak pernah berasa cukup dengan apa yang telah dikurniakan kepadanya, Izwan jokingly asked if he was to marry another one, how would I react? So I replied (and he thought that my reply was nothing serious) honestly that I would agree to it but he has to promise me that he will do nothing behind my back. Meaning to say, if he decided to marry another one, he has to come clean with me. I will "pinangkan" the lady for him. Yes, this may sound stupidly ridiculous but my reply does not stop just yet. I want nothing from him after he married the other lady. I would live separately at a different house and if we were to have children together, I'll bring along and we live together without him as a father. No, I would not ask for a divorce but I rather stay and live on my own at my on path. Tidak terikat dan dia juga tidak ada hak untuk meminta atau menguruskan. I don't want him to pay for any nafkah(s) as I want nothing from him. Yes, he is allowed to come and visit the children but he has no right to stay. I set my own rules and it is for him to follow. I will prepare for him; the kenduri, pinang and whatnot but he has to leave me in peace.

Guess what he replied. You figure it out!

So you see, although there's possibilities of agreement in "hidup bermadu" but there's always reasons behind it. Securities, responsibilities among husband and wife tidak lupa jugak si madu (sanggup betul dia ambik laki orang) and the assurance of being fair to both families. Ini semua bukan satu perkara yang mudah.

Kerana hati perempuan adalah sangat lembut dan lemah. One may looks tough and independent but you may never know what's inside her heart. The pain she carries. You would never know!

Jadi kepada lelaki-lelaki, before you decided to marry another lady, fikirlah masak-masak. Sekian terima kasih.


------------------------------------
Fadhilat Solat Terawih Malam Ke-Limabelas
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya

Monday, August 23, 2010

Wedding invitation card

No, it is definitely not looking like this. You must be kidding me. I'm not displaying my wedding card. Not till I got them printed. After all, I'm here not to write about my wedding card. Saja nak kasi gempak sikit!

This is the cover of a book that I'm currently reading. It's been 5 months now and I've yet to finish it. I got it during my engagement, for the hantaran. I fell in love with the book the moment I saw the cover as if there's something in there eagerly wants me to read it. As much as I enjoy reading it, there's always something else kacau-ing me to finish reading the book. I have another half to go. Hopefully, I manage to finish it before year ends.

Oh, btw, the book synopsis:

In Search of Fatima: A Palestinian Story by Ghada Karmi tells a sad story of lost. In 1948 when Palestine ceased to exist, so did Ghada Karmi's childhood and her identity. From that day Ghada spent a lifetime trying to find out who she is. This is the story of her search.

In Search of Fatima: A Palestinian Story begins in Palestine. Ghada Karmi was born during the turbulent years of World War II to a well-educated Palestinian teacher working for the British Government and his then-modern social wife. In 1948, amid exploding bombs, Ghada, aged nine, and her Moslem family was forced to flee their home in the elegant Qatamon suburb of Jerusalem and seek refuge with her mother's family in Damascus. She had left behind her beloved dog, Rex, the family housekeeper & Ghadi's self adopted second mother, Fatima, her childhood, and her national identity. Palestine no longer existed. There was now only the newly formed country of Israel. After a year, her father landed a job with the BBC in London and the family relocated to predominantly Jewish Golders Green section of London. There she attends an exclusive girl's school, college, and finally went to medical school to become a doctor. Surrounded by Jews and native Brits, Ghada came to think of herself as an English person. (She comments it was easier than trying to explain that she came from Palestine, a country that no longer existed). However, each time the ongoing Middle Eastern situation heated up, Ghada was reminded that she was NOT an English woman, but a Moslem Arab. She was watched, suspected of potential terrorism, and mistrusted. Eventually, Ghada became the founder and spokeswoman for Palestine Action, a British based group that lobbied for displaced Palestinians. Finally, Ghada was forced to return to the place of her birth in order to confront and to come to terms with her identity and her past.

As written, it portrays the hardship in order for one to survive in their own country which they have to fight for. The land that was taken away from them. The days that they have to fight for to be able to live in their own country. Kita kat Malaysia ni, tak pernahlah nak bersyukur. Sentiasa ada benda yang hendak digaduhkan.

Did you know that Muslims, Jews, Christians and Armenians are all lived under one roof in Palestine/Israel? And they lived happily together, respecting each other's beliefs and religions. But yes, pertengkaran ini timbul apabila datang hasutan luar yang mula menimbulkan kebencian sesama manusia. But pendek cerita, even hardcore religious practitioner can live under the same roof but why can't we be just like them? Baru berbilang bangsa dah timbul kebencian sesama manusia.

I simply don't understand Malaysians. Cerita mendoakan kesejahteraan bangsa lain boleh dijadikan isu. Bukankah Islam membenarkan umatnya untuk sentiasa berdoa untuk kesejahteraan manusia sejagat? Manusia sejagat itu bukankah bermaksud semua manusia generally? Tidak kira apa bangsa sekali pon. Akan lebih berlipat ganda pahala yang diberikan sekiranya yang kita doakan itu memeluk Islam.

I believe Islam bukanlah agama yang membebankan atau mempunyai boundaries sesama manusia cuma manusia sendiri yang mencipta boundaries itu. Sungguh menyedihkan.





-------------------------------

Fadhilat Solat Terawih Malam Ke-Empatbelas:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Friday, August 20, 2010

Klik! Klik!

Iftar with the crew

Had Iftar with SAA crew yesrterday. It was on our GM. Had Maghrib before heading Hokkaido imam-ed by GM and us girls (5 of us) prayed together at surau. Gotta do this often man!



Micheal the Managing Director.

GM and Sabby

Food and more food


Yea, me and Nisha, the "orang kuat makan"


I'm starting my addiction on Fb games again. I'm currently working on my bakery shop. Tak dapat bina bakery shop sendiri, buat virtually pon jadilah.

Gotta work on it now. See ya when I see ya!



---------------------------------------
Fadhilat Solat Terawih Malam Ke-Sebelas:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Thursday, August 19, 2010

Satu tahun-lah!


He's every aunt's favorite. Maklang especially. He's like the center of every attention. He turned one yesterday. After all that he had been through (oh yes bebeh, he has been diagnosed for having too many sickness), he finally a year older yesterday. Yeay!!

Alhamdulillah, he's healthier now. No more "meragam" sana sini. Gigi dah nak masuk 8 batang. Berjalan pon belum pandai, gigi dah 8 batang. He eats like nobody's business. Perut dah boleh kalahkan Abang Wan (weehehe). Cakap dah bole merepek. He weighed 10kg last week (after down with high fever a week ago). Merangkak dah macam askar wataniah tetapi air liur tetap meleleh macam air terjun sungai congkak.

Tengok budak ni, sakit hati pun boleh jadi tenang.

Happy birthday my dear baby cousin!




------------------------------------
Fadhilat Solat Terawih Malam Ke-Sepuluh:
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Tuesday, August 17, 2010

Gendang gendut tali kecapi

Kenyang perut suka hati.

Dan inilah yang berlaku ketika berbuka semalam. Makan macam pelarian yang tidak pernah jumpa makanan selama 10 tahun. I had karipap, kuih keria dan ondeh-ondeh with a cup of hot tea for berbuka. Sesudah solat (oh, I prefer to perform solat first before heading for another round of "berbuka" untuk mengelakkan daripada solat sambil menguap-nguap), I rushed to the kitchen and finally had my dinner. Yes bebeh, you read it right. I rushed to the dining table for food. When there's ketam masak sweet sour pedas, fried japanese taufu with soya sauce and mixed vegetable served on the table, who would say "no" to food?!

Hasilnya, kain telekung tidak dapat diikat dengan kemas dan keadaan badan berada dalam keadaan yang tidak tenteram ketika bersolat terawih. Kesimpulannya, setengah daripada proses pen-terawih-an diselangi dengan sendawa-sendawa busuk dan kekuyuan mata ketika bersolat.

Lesson learned; jangan makan macam beruang ketika membuka puasa. Ini adalah pesanan penaja di bulan Ramadan.

As much as I hate to admit, I have to put some weight before January 2011. Lots of the things I bought were few size bigger from my current size kerana kalau diikutkan kepada keadaan saiz semasa, memang tak wujud saiznya. Tetapi maaf ye, entry ini bukan bertujuan untuk menunjukkan bahawa saya kurus tetapi lebih kepada kerisauan saya kerana berat badan yang semakin menurut.

Diingatkan, perkataan diet tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya. If you see how much I consume food daily, you would be surprised to see how huge my tummy is but the weight is still loosing which is worrying me much!

Secara matematiknya,
jumlah yang masuk dan hadam ke dalam mulut = kuantiti yang keluar sesudah hadaman.
Kesimpulannya, anda kira lah sendiri.

I need to find ways to put on weight before everything else. Dan tolong jangan suggest ambil weight gain sebab ia tidak berfungsi. Sekian terima kasih!



------------------------------------------
Fadhilat Solat Terawih Malam Ke-Lapan:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Monday, August 16, 2010

Food for your soul




Some things are better left untold

It's a history for some and was supposed to be kept as a secret; not to be told to public for some reasons. Everyone has their own secret. Everyone has their own past. There's always a reason for all actions and we on the other hand have no right to judge nor have the right to say what's wrong and what's not. Unless if you're looking for cheap publicity, by all means, please do, tell your life to the whole wide world and trust me, there ain't people who are listening.

I believe in maturity. At the age of 25, one should be able to differentiate between personal matters and public affairs. In terms of relationship, one is responsible for its' own. Bak kata orang melayu, jaga tepi kain sendiri sudah!

Kalau hendak dihebohkan cerita yang berzaman dahulu, baik difikirkan semula kerana:-
  1. Cerita dah basi dan berlaku berzaman lamanya. Move on! There's no need to look back to the past. You're living in present for the future not with your past. Past is history. It is something to learn from not to live for. Yang penting motif.
  2. Though the intention is for a good reason but like I said, it is not your call to talk about it. After all, it doesn't involved you. You might just know the surface of the story and I believe you don't even know the whole thing. And for that, everything that came from your mouth is simply irrelevant.
  3. People change. At some point in our lives, we might have hurt people that matters to us along the line. We are human and we make mistakes coz we are not born prefect. And people change for the better. Tak semestinya apa yang berlaku dulu, akan berlaku juga untuk kali yang kedua. Tetapi tidak salah bukan untuk berhati-hati?
  4. It is simply none of your business. Period.
It's all about maturity.

Manusia tidak dilahirkan sempurna dan manusia buat salah setiap hari. Apa yang berlaku dulu tidak perlulah diungkitkan. Kata pon, berlaku dulu, zaman purba dulu. Buat apa diungkit. Let bygone be bygone.

It's better not to know anything rather than knowing everything.


---------------------------------------
Fadhilat Terawih Malam Ke-Tujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi lsa Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Sunday, August 15, 2010

Sahih atau palsu fadhilat solat terawih

I received a very useful comment from my previous post. Terima kasih Firah (jika itu nama sebenarnya) kerana teguran yang diberikan. Sekurang-kurangnya kita saling tegur-menegur terutama pada bulan yang mulia ini.

Teguran mengenai fadhilat solat terawih that I've been posting every year. Terima Kasih sekali lagi =)

Comment from Firah,

hi,

x pernah tinggalkan comment before this.

kali ni terpanggil nak comment.

setahu sayalah, fadhilat solat terawikh setiap malam tu datang dari hadith palsu.

boleh rujuk kt sini:

http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06


firah

I made some research since the day I received her comment. Tetapi tidaklah ke tahap untuk bertanya kepada yang lebih memahami but the intention is still there. Insyaallah kalau diberi kesempatan dan jika diberi peluang akan diusahakan juga untuk mendapatkan kepastian.

Ada betulnya apa yang dikomen oleh Firah, tetapi yang menjadi lebih keliru, ada juga yang mengatakan bahawa fadhilat yang telah digunapakai sejak bertahun ini juga ada kebenarannya. Honestly, I got confused over it. Which one to believe and which is not to. Kalau dipercayai akan fadhilat-fadhilat yang dikatakan paslu ini, boleh membawa kepada kemungkaran-Nya tetapi apa akan berlaku jika fadhilat ini punya kesahihannya?

Saya bukanlah seorang yang alim ulama'. Untuk mentafsir hadith apatah lagi. Jadi, saya telah mengambil keputusan untuk memandang ke arah kepositif-an. Jika benar yang mengatakan bahawa fadhilat yang telah disebarkan dengan meluasnya ini adalah palsu, saya memohon maaf jika ia telah membawa kepada kemusykilan dan menyebarkan kepada kawan-kawan sekali. Tetapi izinkan saya untuk menggunakannya sebagai panduan untuk ke arah kebaikan.

Bagi saya, menunaikan solat terawih dengan berpandukan fadhilat-fadhilat yang diberikan tidaklah menjanjikan apa-apa pulangan melainkan jika seseorang itu memang punya niat dihatinya untuk beramal ibadah. Saya percaya di dalam Al-Quran juga ada mencatitkan setiap apa yang kita lakukan mestilah berpandukan niat yang kita hajatkan dan niat itu, hanya tuhan saja yang tahu apa yang ada di dalam hati setiap manusia sama ada niat yang baik ataupun tidak. Saya percaya juga ganjaran yang diberikan kepada setiap yang berterawih di bulan ramadan akan menerima ganjaran yang besar seumpama ganjaran-ganjaran seperti yang digambarkan di dalam fadhilat-fadhilat solat terawih itu.

Jika seseorang itu pergi ke masjid untuk berterawih kerana baginya, terawihnya pada malam ini akan diberikan ganjaran yang besar kerana niatnya untuk beribadah bukankan lebih baik daripada orang yang tidak menunaikan solat terawih pada bulan ramadan? Bukankan kita digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah tidak kiralah apa sahaj bentuk ganjaran yang bakal kita perolehi? Kerana sesungguhnya hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang terbaik yang harus diberikan kepada umatnya yang beribadah untukNya. Yang penting adalah niat seseorang itu dalam beribadah.

Ini adalah pandangan saya semata-mata. Jika salah, silalah berikan teguran kerana sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi ilmu secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Terima kasih Firah sekali lagi kerana berkongsi.




---------------------------------------------------------

Fadhilat Solat Terawih Malam Ke-Enam:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Friday, August 13, 2010

Rewind

About a year ago, someone came to my life; uninvited. Honestly, I don't really know how to feel; was it a good thing or bad thing for me, I'm not pretty know for sure. It was hurtful, bad, disastrously harmful; for me that is and no one, no one can help me at that very point of time. But after awhile, when I come to think about it, it did good to me after all. It thought me a lot in so many ways. In fact, if that person ever comes in again (hopefully not!) I would personally like to thank her for doing so. You really did open my eyes and make me see those unseen visuals. Thank you!

The unforgettable scenes were playing in my head again yesterday. I was about to get myself ready for terawih when it hits my mind. I started to think about "what ifs" again. And the feeling of insecurities were playing their parts pretty well to pump the heartbeat faster than its' usual. I was nervous and scared at the same time. I don't think I'm capable of handling the same situation if ever it happens again. And I pray (very hard I must say) that the same thing won't happen........again even in a million years to come. I don't think I'm strong enough to face another drama in life. One is good enough for me.

I made myself a vow right after I asked Izwan for an answer. I promise not to think about it, not even in a mili-second of my life. Coz boy, I'm glad he gave me the right answer. Happy is not the right expression but thankful it is! I couldn't bear seeing myself just like how I was a year ago and truth be told, I don't think I'm ready to see the person who literally changed my life after what had happened. Let us keep it this way. I wish I could personally thank you but now is not the right time and I don't pretty sure know when that is. But I would like to thank you for all that you've done, sincerely!

There's no need to look back to your past. I've learned from it and I wish not to remember it for the rest of my life. It was hell and dark and no fun at all. Something that is not worth keeping.

And it's about time to let you go. No more rewinding.



------------------------------------------
Fadhilat Solat Terawih Malam-Keempat
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Thursday, August 12, 2010

Short and quick

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadan malam ke-dua

Just like last year, I'll be posting Fadhilat Solat Terawih everyday to remind you, me and all muslims the barakah that we'll be getting throughout this holly month of Ramadan, Insyaallah untuk mengejar keberkatannya.

Dimulakan dengan malam yang ke-dua (kerana semalam terlupa nak update) - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Semoga kita dikurniakan keampuanan dariNya.

I don't have much thoughts to pour today. My first day of Ramadan is being nice to me. Alhamdulillah. Workloads have decrease (oh, thank goodness) and I hope it remains till end of Ramadan. Though work has decrease but I have "the other work" that I have to think about. Time is running out bebeh!

Have a good day lovers!

Tuesday, August 10, 2010

Ramadan A-Mubarak

Imam Ahmad dan al‐Nasai telah meriwayatkan sebuah hadis dengan isnad yang sahih daripada Abu Hurairah r.a. beliau telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah SWT telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia sangat rugi.”


Selamat menyambut Ramadan dan berpuasa kepada semua muslimin dan musliman. Semoga Ramadan ini memberikan seribu kerahmatan kepada kita semua. Amin.

p/s: Dan seharusnya saya menyempurnakan Ramadan kali ini dengan sebaik mungkin. It's going to be my last Ramadan as a single person. Gotta enjoy it to bits. Selamat menyambut keberakatan friends.

Green light to ding dong bell

Last weekend, Izwan and I attended the-wajib-to-do-kalau-tak-tak-boleh-kahwin-most-promising-kursus-kahwin at Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail. Setelah tangguh punya tangguh, tunda punya tunda, we finally (FINALLY) made our presence. And it was worth attending.

People say that kursus kahwin is the most boring kursus one had to attend to; in life. The saddest part was, one could never run from attending this so called boring classes in order for one to get married. Kalau tak ada sijil, tak boleh kahwin, period.

Dan sebelum saya mengambil keputusan untuk menyerahkan diri daripada menghadiri kursus yang bakal paling bosan dalam hidup saya, I did some research by googling places that offers kursus kahwin. I made the right choice by picking TTDI as it offers the most interesting speakers/motivators one could have ever met.

Dan sesungguhnya, saya terhibur mendengar ceramah-ceramah yang diperdendangkan. No, I'm not kidding!

But, it was an eye opener for me. Despite from the fun I had, I have to be honest, being a wife is not an easy job. Marriage is not for a day or two. It's within the hands of you and your partner. There are things that you need to put into consideration. Communication, tolerance, patience, understanding and most importantly, the willing of helping each other are needed in marriage. Makan, pakai dan tempat tinggal memanglah seharusnya suami yang sediakan but there's no harm in helping your husband in providing the necessities. After all, it is what you call your own "rumahtangga". You are the captain and also the driver of your rumahtangga.

There's no promises of a happy marriage. There will always be the ups and downs and it's up to you to work it out. Well, I can't say much. I've yet to experience mine but I'm opt for it. No, I'm not ready for it yet but I'm more happy to learn to live together as husband and wife and the life that we are going to build together. Usaha, doa dan tawakal. Kalau fikirkan benda itu susah, maka susahlah ia. Kalau fikir itu senang, maka akan jadi senanglah ia.

Perkahwinan itu adalah ibadah. Dengan perkahwinan maka sempurnalah ibadah dan disempurnakan dengan niat yang baik.

And I'm all excited for January. I don't care!

Sunday, August 8, 2010

Double Celebration

Had dinner with my favorites last Saturday night. The idea was initially planned to celebrate Yanti's 25th birthday tapi dah bertukar-tukar, bercampur-aduk, akhirnya jadilah malam ber-dinner bersama-sama rakan-rakan tersayang.

Yanti and I, we both received belated birthday presents from the girls. Me likey! likey!

The ultimate gay partner of all time.

"Nanti lepas I dah dapat ACCA, I'm officially out without friends". No hun, when the time comes, we're still here and be your friends even though we're married and carry babies.

We are family. lalalalala

Me girls, me love

The boys. Missing Adil.

It was a tiring day. Attended kursus kahwin earlier on and straightly rush to The Curve to meet the girls right after.

Oh, speaking of which, will write about the kursus kahwin that I attended later. It was an eye opener, for me that is. Marriage is all about responsibilities and one needs to know how to communicate well in order to sustain a marriage.

But I recommend for couples who are planning to settle down and looking for kursus kahwin place, please, please go to the one in TTDI. Ketawa sampai menangis wa cakap sama lu.

Eh, not going to write about it now. Tak surprise lah nanti.

I need rest. Had the busiest weekend ever and I'm not ready for work tomorrow. So how now brown cow?

Thursday, August 5, 2010

One way

Aku tidak pernah rasa selemah ini. Tidak pernah seumur hidup penghidupan aku mengalami nerve break down seteruk ini. Aku fikir bila mencecah usia 25 tahun, aku bisa menerima segalanya tetapi malangnya, aku adalah manusia yang selemah-lemahnya.

A lot have been happening ever since my week started. Monday was as hell as Tuesday comes but I still managed to put myself up although at times, I just feel like running away. Periuk nasi kenalah terima. Pengalaman kerja yang mensialkan aku gagahkan juga.

I didn't know that somehow it has effected my emotion.

I couldn't hold myself anymore. Everything seems to be very wrong. I was accused for doing things that I did not commit. Be it in work related or in my personal life. I just can't take it. I've apologised but nothing seem to be working.

Aku ambil air semayang, aku pakai telekung, dan yang aku mampu lakukan hanya menangis dan meletut.

Kenapalah dugaan datang sebegini rupa? I want to stop this teary eyes from hoping to much. I just want to feel appreciated and loved by you.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, August 4, 2010

Psycho?


I call it DESPERADO!

Lifetime opportunity

Some people were born lucky. Some people were born unfortunate. Some people were born to be a fighter and some were born to just sit and do nothing.

But what's life to you then?

Tidak sama kepuasan yang dirasai apabila kita hidup dengan hasil titik peluh kita sendiri jika nak dibandingkan dengan hidup yang bergantung dengan kemewahan daripada ibubapa sampai ke tua.

Believe me when I say that you've achieved nothing in life compared to those who work their asses off untuk sesuap nasi. Apa dapat? Tak dapat apa-apa bukan?!

Take a look around you; the car you drive was a gift from your dad, the house you live is your parent's, money from your pocket is filtered by your parent. Sekali lagi, apa dapat? Tak dapat apa-apa bukan!

Jadi renung-renungkan lah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, August 1, 2010

For that very 30 minutes

A conversation I had with Za while we were on our way back from attending a wedding was pretty interesting but sadly, in reality, those are the things that one couldn't insist on not doing.

A wedding day!

I myself is preparing for my own wedding day. Honestly speaking, the parents have been doing the planning since the day I got engaged which was 5 months ago. That shorten my countdown to 4 months before the wedding day.

The question is, how long does it takes for a guest to spend in attending a wedding? I mean, the time they spend during the event. Makan-makan, jumpa tetamu sikit, jumpa pengantin sekajap, tangkap gambar sana-sini. Semau lah!

The last wedding I attended took me only 30 minutes. Roughly, it took nothing exited 2 hours unless if it's a wedding of a close family/ friend's. But we're talking the matter on a general prospective, not family/close friend event.

One took at least a year to plan his/her wedding. Lots of things to put into consideration especially when it involves family affairs. Pelamin la, door gifts, baju salin sana-sini, caterer, food testing, wedding venue (ini yang paling penting sekali), guest list, wedding planner and what not. All these need to be well-organized before the wedding day.

Ini semua adalah untuk menyambut tetamu yang datang hanya untuk tidak lebih daripada 2 jam.

If you ask me, how I want my wedding day to be? My answer is to have it at Jabatan agama Islam where the kadi and saksi and wali are all there to do the process, attended by close family and friends, hantaran hanya satu bentuk cincin Bvlgari (kalau lah Izwan mampu kan cincin semahal kereta Vios) dan Quran. Itu sahaja.

But when it involves family affairs, my dream wedding is somehow irrelevant.

Semua kerana untuk menyambut tetamu yang datang tidak lebih daripada 2 jam.

I've discussed about this matter with my mother not too long ago. Her explanation was simple. We can do the wedding event as I dreamed off but how can they (the parents) explain to the rest of the family members when only selected members can attend when both sides actually have a very huge numbers of family members. I can't answer her obviously. Mak juga jawab, kenduri itu adalah niat dia untuk bersedekah. So, I kept my mouth shut and never to argue again.

Different people have different opinion about something. Kalau di buat sekadar ala-kadar dan tidak membazir, itu adalah yang sebetulnya. Tapi, kalau buat dah macam untuk menunjuk-nunjuk, itu sudah lain jadinya. Masing-masing ada interpritasi masing-masing.

I have no say! Renung-renung kan lah.