Saturday, September 11, 2010

Cerita Malam Raya

Sudah menjadi kelaziman dan perkara yang paling wajibul-ngunnah untuk dilakukan oleh kami sekeluarga yang berdarah minang (yes people, I am a proud Minangites) untuk memasak rendang daging. Bukan rendang ayam ye tetapi rendang daging. Maka bergegaslah si Busu (panggilan untuk makcik yang paling bongsu sekali) untuk memasak rendang untuk kakak-kakaknya sekalian; iaitu ibunda saya dan Maklong tersayang.

Memandangkan busu sekarang ini telah menjadi pengusaha Rendang Minang yang baru sahaja beroperasi semenjak bulan Ramadan dan menjadi tonggak utama dalam mewarisi masakan rendang minang ini selepas arwah nenda saya meninggal dunia, maka menjadi heroin lah beliau dalam "berdendang" bersama kayu api dah kawah besar.

Resepi utama dalam menghasilkan rendang minang bukanlah terletak pada santannya mahupun kelembutan daging itu tetapi terletak pada kayu api yang menjadi punca utama kesedapan rendang tersebut. Maka terjadilah ia seperti gambar di bawah.

Gambar ini di tangkap sewaktu api sedang membara dan keadaan rendang yang sedang menggelegak panas di dalam kawah. Hanya bergantung kepada kekuasaan voltan kayu api itu sahaja bisa menghasilkan rendang yang begitu lazat sehingga menjilat jari.

Ini adalah contoh bagaimana rendang sedang "didendangkan". Jangan keliru, wajah di dalam gambar itu bukanlah Busu. Busu merupakan seorang wanita yang comel dan berbadan genpal sedikit dan tidak lupa juga ibu kepada 3 orang hero-heronya yang super nakal. Figura di dalam gambar itu merupakan pembeli yang rendangnya sedang dihasilkan di dalam kawah untuk di bawa pulang ke kampung halaman di Kedah. Cuba perhatikan longgokan kayu api sebagai backdrop gambar itu. Itulah longgokan kayu api yang digunakan bagi menjayakan rendang minang.

Memandang di saat-saat akhir penghasilan rendang seberat 6Kg terdapat bakian sebanyak sekilo setengah kilogram, maka saya telah mengambil keputusan untuk "open table" dan menjualnya secara suka rela tanpa perlu di paksa di hadapan rumah nenek saya dan memulakan operasi penjualan jam 5 petang. Sungguhlah tidak logik tetapi dek kerana suka-suka, maka terhidanglah 13 pack rendang seberat seratus gram di atas meja itu. Oleh kerana waktu penjualan yang sungguh tidak logik maka dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa tiada sebarang jualan yang berlaku hanya pencucian mata saja yang dapat dihidangkan. Oh, pada hari kejadian, sungguh banyak pemandu-pemandu yang berwajah kacak lalu lalang di jalan raya. Saya sungguh suka sekali!

Beginilah ceritera rendang minang di malam hari raya. Oh, untuk promosi tambahan, Busu saya menjual rendang minang enak sedap sehingga menjilat jari dengan harga RM50 sekilo. Tempahan boleh dibuat melalui saya dan jika berminat, bolehlah mengisi borang "Comment" di bawah.

How was your Raya? Mine was as expected. I'm enjoying every bits of it. It's my last raya as a single lady Insyaallah and I'm looking forward for next year's already. Everyone is showing off their beautiful and colorful raya dress. Mine, well it was halfway done. Didn't get the tailor to do the beading but Alhamdulillah, I still got the chance to celebrate Eid Fitr' with my loved ones. That's more important than the dress' beading. Still in the mood of rendang and lemang.

Till then, see ya when I see ya!

Have a bless raya!

No comments: