Tuesday, September 14, 2010

Saya tidak mahu pergi ke kantor esok boleh?!

Ye, saya akan kembali ke kantor bermula esok. Semenjak dua menjak bercuti raya, the body and mind have stopped working and having the determination of going to work. If money grows on trees? *sigh*

Oh, bukan ini sebenarnya tujuan penulisan blog. Tujuan sebenar adalah untuk mempamerkan akan visual-visual yang telah diambil pada majlis tidak rasmi berbuka puasa bersama rakan-rakan seperjuangan seperti yang telah digembar-gemburkan dahulu.

Tapi maaflah, visualnya hanyalah visual makanan yang separa enak sahaja yang mampu untuk diupload. Since my laptop has decided to go dead on me by missing its' networking card, I can only use my sister's broadband connection which took me years to upload the pictures. Yes, I wrote it right. YEARS bebeh, years!!

Sebenarnya, niat di hati ingin memperkenalkan tomyam ayam yang serupa tomyam bawang masak air tetapi hanya separa saja gambarnya yang kelihatan. Jadi, inilah hasilnya.

Inilah ia kangkung belacan yang ditempah. Nasib baik rasanya seperti kankung belacan walaupun agak tasteless di situ.

Ikan pari yang sudah dikerat-kerat dan dibelah-belah kepada dua. Al-kisahnya si Faiz membisingkan dirinya kepada si penghantar makanan kerana tidak berpuas hati dengan kondisi ikan pari bakar yang ditempahnya. Yang di ambil adalah 2 ekor tetapi hasilnya serupa seekor saja. Mengamuk lah member ikan parinya kecut seekor.

Banyak-banyak makanan, inilah makanan yang paling kami berpuas hati sekali. Sotong tepung. Tidaklah superb rasa. Superb lagi yang saya goreng tetapi, bolehlah untuk di makan.

Dan akhir sekali dan yang laing enak sekali dikalangan makanan yang telah dihidangkan adalah ketam masak merah. Lihat gambarnya saja sudah boleh mengliurkan mulut yang sudah berisi nasi lemak sebelum membaringkan diri di katil. Rasanya, sedang-sedang saja tapi sedaplah juga jika nak dibandingkan dengan yang lain-lain.

So there you go, food for your soul. Eh silap! food for your tummy. Not recommending this place though. Cuba sekadar untuk mencuba dan jika tidak ada pilihan lain lagi boleh lah.

Oh, did I mentioned that we met Sheila Majid that night? We did!! She's pretty and humble. Like very pretty and super humble. Awesomeness!!

Ohh, need to go to bed now. Why do I have to go to work tomorrow?? *sigh*

No comments: