Monday, January 18, 2010

Aku & Mereka

Semakin hampir aku ke tarikh itu,
Semakin kuat ingatanku kepada mereka.
Semakin ingin aku melupakan mereka,
Semakin jelas memoriku terhadap peristiwa itu.

Bukan aku tak cuba,
Bukan aku mahu mengingatinya.
Dia datang dan kekal di situ.
Sampai bila, aku pun tak tahu.

Aku penat, aku bosan, aku keliru.
Dia buat aku jadi haru biru.
Dia buat aku jadi tak tentu.
Hilang arah tak bertuju,
Hilang tempat untuk mengadu.

Semakin kuat aku berusaha,
Semakin lemah aku dibuatnya.
Semakin aku cuba untuk menerimanya.
Semakin benci aku kepadanya.

Tapi sampai bila?





p/s: why are you still here, lingering in my head? I need peace. I need peace.

No comments: