Sunday, August 15, 2010

Sahih atau palsu fadhilat solat terawih

I received a very useful comment from my previous post. Terima kasih Firah (jika itu nama sebenarnya) kerana teguran yang diberikan. Sekurang-kurangnya kita saling tegur-menegur terutama pada bulan yang mulia ini.

Teguran mengenai fadhilat solat terawih that I've been posting every year. Terima Kasih sekali lagi =)

Comment from Firah,

hi,

x pernah tinggalkan comment before this.

kali ni terpanggil nak comment.

setahu sayalah, fadhilat solat terawikh setiap malam tu datang dari hadith palsu.

boleh rujuk kt sini:

http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06


firah

I made some research since the day I received her comment. Tetapi tidaklah ke tahap untuk bertanya kepada yang lebih memahami but the intention is still there. Insyaallah kalau diberi kesempatan dan jika diberi peluang akan diusahakan juga untuk mendapatkan kepastian.

Ada betulnya apa yang dikomen oleh Firah, tetapi yang menjadi lebih keliru, ada juga yang mengatakan bahawa fadhilat yang telah digunapakai sejak bertahun ini juga ada kebenarannya. Honestly, I got confused over it. Which one to believe and which is not to. Kalau dipercayai akan fadhilat-fadhilat yang dikatakan paslu ini, boleh membawa kepada kemungkaran-Nya tetapi apa akan berlaku jika fadhilat ini punya kesahihannya?

Saya bukanlah seorang yang alim ulama'. Untuk mentafsir hadith apatah lagi. Jadi, saya telah mengambil keputusan untuk memandang ke arah kepositif-an. Jika benar yang mengatakan bahawa fadhilat yang telah disebarkan dengan meluasnya ini adalah palsu, saya memohon maaf jika ia telah membawa kepada kemusykilan dan menyebarkan kepada kawan-kawan sekali. Tetapi izinkan saya untuk menggunakannya sebagai panduan untuk ke arah kebaikan.

Bagi saya, menunaikan solat terawih dengan berpandukan fadhilat-fadhilat yang diberikan tidaklah menjanjikan apa-apa pulangan melainkan jika seseorang itu memang punya niat dihatinya untuk beramal ibadah. Saya percaya di dalam Al-Quran juga ada mencatitkan setiap apa yang kita lakukan mestilah berpandukan niat yang kita hajatkan dan niat itu, hanya tuhan saja yang tahu apa yang ada di dalam hati setiap manusia sama ada niat yang baik ataupun tidak. Saya percaya juga ganjaran yang diberikan kepada setiap yang berterawih di bulan ramadan akan menerima ganjaran yang besar seumpama ganjaran-ganjaran seperti yang digambarkan di dalam fadhilat-fadhilat solat terawih itu.

Jika seseorang itu pergi ke masjid untuk berterawih kerana baginya, terawihnya pada malam ini akan diberikan ganjaran yang besar kerana niatnya untuk beribadah bukankan lebih baik daripada orang yang tidak menunaikan solat terawih pada bulan ramadan? Bukankan kita digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah tidak kiralah apa sahaj bentuk ganjaran yang bakal kita perolehi? Kerana sesungguhnya hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang terbaik yang harus diberikan kepada umatnya yang beribadah untukNya. Yang penting adalah niat seseorang itu dalam beribadah.

Ini adalah pandangan saya semata-mata. Jika salah, silalah berikan teguran kerana sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi ilmu secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Terima kasih Firah sekali lagi kerana berkongsi.




---------------------------------------------------------

Fadhilat Solat Terawih Malam Ke-Enam:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

No comments: