Monday, August 30, 2010

Santan dan hari raya

Tidak dapat dipisahkan lagi dah serupa irama dan lagu seperti yang diudarakan oleh Tan Sri P. Ramlee (Arwah). Pabila datang musim raya, maka naiklah harga santan. Pabila naik sahaja harga santan maka tibalah masanya untuk kita berhari raya. Get the picture?!

Santan boleh dikatakan sumber makanan ruji Malaysians in general. Melayu memang menggunakan santan dalam setiap masakan mereka. Boleh dikatakan segala jenis lauk bersantan. Itu tidak kira lagi manisan-manisan yang di campur santan. Sebab itu kadar inflasi berat badan orang melayu memang tidak dapat diselamatkan lagi. Gara-gara santan.

Tiada bezanya dengan warga India. Santan adalah segala-galanya bagi mereka. Lebih kronik apabila minyak santan digunakan oleh kaum ini untuk tujuan kesihatan badan selain digunapakai di dalam menghasilkan juadah harian.

Yang kurang mendapat sambutan si Santan ini adalah untuk kaum Cina. Tetapi walaupun kaum ini kurang mengambil santan di dalam kepenggunaan seharian mereka, pabila tibanya Tahun Baru Cina harga santan tetap akan melambung. Secara tidak langsung, mereka juga salah satu penyumbang kepada kepenggunaan Santan indirectly (walaupun sebenarnya tak de pun).

Nak dijadikan cerita, hari raya sudah dekat maka dengan itu, berlumba-lumbalah si peniaga dalam menggerakan kudrat mereka terutamanya bagi mereka yang menjalankan perniaagan menjual kelapa/santan. Yelah, kelapa kena di mesin selalu. Kalau tidak masakan boleh dapat untungnya.

Datang lah si pembeli untuk membeli santan untuk dijadikan rendang dengan tujuan untuk di jual sepanjang bulan Ramadan ini. Untung-untung boleh tambah pendapatan. Raya dah nak dekat katakan. Anak 3 orang hero yang harus diuruskan. Rendangnya pula, memang sudah sedia maklum dengan kesedapannya. Di masak menggunakan kayu api (hebat tak hebat, di zaman berteknologi tinggi ini, masih juga ada yang masak rendang menggunakan kayu api), resepi turun-temurun yang memang menjadi igauan setiap perasa. Di tambah pula kalau disebut Rendang Minang, harus saja menjilat jari.

Jadi, pergilah si pembeli ke pekan untuk membeli santan. Bukan tidak mahu memesin kelapa sendiri. Kemahirannya ada cuma mesinnya saja yang sudah dihanyutkan banjir bertahun yang lalu. Left with no choice, maka ke pekanlah kita. Tauke yang selalu membekalkan santan tutup pula di hari minggu. Yang tinggal hanyalah si peniaga melayu yang mukanya ala-ala hmmm sampai di situ sajalah penerangan muka si peniaga. Again, with no other choice, maka santan di beli di kedai si peniaga.

Memasak rendang menggunakan kayu api memerlukan kesabaran yang tinggi. Santannya harus betul, apinya harus seimbang dan kesabaran di uji selama 8 jam untuk memastikan rendang betul-betul masak dengan keadaan minyak timbul/naik. Maka, enaklah rendang itu. Kacau punya kacau, tunggu punya tunggu tidak timbul-timbul juga minyak. Sah, santan tadi sudah di tipu. Santannya kurang telah di campur dengan air untuk menampakkan kebanyakkan santan itu. Dengan memasak menggunakan kayu api sahaja yang boleh membezakan sama ada rendang itu menjadi atau tidak.

Kesimpulannya, bukanlah saya mahu menjadi racist kepada bangsa saya sendiri tetapi inilah hakikatnya jika melayu berniaga. Menipu itu harus tidak kira bulan Ramadan, bulan Rejab atau apa-apa bulan sekali pun. Seringkali si melayu mengeluh kerana tidak mendapat keuntungan. Lihat saja corak perniagaan mereka. Kalau berlandaskan penipuan sampai bila-bila pun tidak akan untung.

Kenapa kita tidak pernah menjadikan peniaga Cina sebagai contoh. Walaupun tipu itu tetap ada tetapi tipu mereka berpada-pada. Tipu pada harga tetapi tidak pada kualiti. Ini tidak, sudahlah ditinggikan harga, kualiti juga nauzubillah. I'm not being bias with my onw race but this is the reality. Fact. Mungkin suatu hari nanti akan saya hasilkan satu fatwa tentang kenyataan ini. Dan inilah punca no. 1 kenapa peniaga melayu tidak maju.

8 daripada 9 pintu rezeki adalah dengan berniaga. Sunnah Nabi yang kata. Tetapi kenapa kita tidak pernah menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. Tipu itu tiada keberkataannya. Tak guna untung berlambung kalau dalam hati kita sendiri tahu yang kita tidak jujur dalam berniaga.

Cepat kaya itu tak penting. Duit kalau diguna, habis juga. Cuma bagaimana kita melaburkannya yang makes the difference.

Yang benar,
saya si pengguna.

No comments: